Aktiviti perkhemahan

Menu Utama
Aktiviti perkhemahan
Fasilitator / Jurulatih / Pembantu Jurulatih
Jadual
Kemudahan / Fasilitis
kemudahan
Gambar Kenangan
Istimewa Bulan Ini
Cadangan / Maklumbalas

1. Modul

 

1.1 Kerohanian

Solat berjemaah di samping zikir yang dapat menenangkan fikiran. Latihan berjemaah dalam suasana yang sukar dan melaksanakan tuntutan agama semasa melaksanakan aktiviti.

 

1.2 Latihan

1.2.1 Perkhemahan Induk.

Mendirikan khemah sebagai tempat tinggal sementara. (berteduh dan bermalam). Khemah disediakan untuk memuatkan kapasiti 4 – 5 orang dewasa. Tujuan perkhemahan induk adalah untuk mendedahkan kepada peserta suasana perkhemahan dan pengendalian serta penggunaan perkhemahan secara terancang. Dalam pada itu objektif perkhemahan adalah untuk memupuk nilai-nilai murni di samping semangat muafakat antara ahli-ahli di dalam kawasan perkhemahan tersebut.

 

1.2.2     Berakit.

Rakit adalah alat pengangkutan tradisional masyarakat negara ini. Penggunaan rakit pada masa dahulu menggunakan bahan-bahan yang diperolehi daripada hutan seperti buluh atau kayu. Tujuan utama rakit adalah untuk dijadikan satu pengangkutan yang dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun begitu rakit yang digunakan untuk aktiviti ini adalah berasaskan kepada bahan seperti pelampung getah, buluh, tali dan pendayung. Penggunaan bahan-bahan tersebut dilihat sebagai alternatif kepada bahan-bahan hutan yang mana peratusan keselamatannya lebih terjamin. Tujuan aktiviti berakit ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta pengetahuan dan kesukaran pengangkutan zaman dahulu serta dapat meningkatkan tahap kecerdasan dari segi fizikal, mental dan rohani.

 

1.2.3      Water confidence / water Treading

Aktiviti ini melibatkan aktiviti apungan di mana peserta diminta untuk turun ke dalam air ke paras dada. Kemudian donggakan kepala masing-masing sambil mendepakan tangan dan kaki lurus di hadapan. Dalam pada itu aktiviti ini adalah untuk membiasakan peserta dengan persekitaran yang akan dialami semasa aktiviti berakit dilaksanakan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan keyakinan kepada peserta terhadap jaket keselamatan yang dipakai dan menimbulkan keyakinan terhadap diri sendiri dan peralatan yang ada untuk tujuan bantuan semasa kecemasan.

 

1.2.4      Abseiling dan Repelling.

Latihan ini memupuk keyakinan dan mendidik individu untuk mengetahui akan kebolehan diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu aktiviti yang mencabar. Segala kekuatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk memastikan semasa melintasi tali menggunakan peralatan yang lengkap dapat memupuk rasa keyakinan yang tinggi.

 

1.2.5      Ice Breaking / Latihan dalam kumpulan.

Latihan ini memberi peluang kepada semua individu untuk meluahkan apa yang dirasai semasa aktiviti dilaksanakan agar ianya dapat dikongsi bersama dengan ahli kumpulan dan seterusnya dapat menjadikan aktiviti tersebut satu cabaran untuk diharungi bersama.

 

1.2.6      Kembara.

Latihan ini dilaksanakan untuk memupuk semangat setiakawan yang jitu dan bekerjasama antara ahli kumpulan. Pengembaraan melibatkan kawasan hutan simpan yang mana peserta dapat merasai akan keindahan alam sekitar dan merasai kecintaan terhadap alam sekeliling

 

1.2.7      Malaysia Cergas.

Latihan ini bercorak senaman ringan atau senamrobik. Bertujuan memberi semangat dan rasa selesa untuk melaksanakan segala aktiviti yang dirancangkan.

 

1.2.8      Rumusan dan penilaian / refleksi

Latihan ini memberi kesempatan kepada ahli untuk berkongsi maklumat, bekongsi pendapat dan berkongsi pengalaman serta mencari resolusi untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan segala perkongsian tersebut dalam masa bertugas untuk mencapai wawasan pihak pengurusan.

 

1.2.9 Kesukaleraan membantu mereka yang tidak berkeupayaan.

Program ini melibatkan kerja-kerja sukarela peserta bersama dengan anak-anak yatim dan memberikan mereka semangat dan dorongan untuk meneruskan kehidupan.

 

"nikmati alam semulajadi sambil menimba pengalaman"